Hari ini, perasaan yang telah lama aku buang, kembali semula. Pergilah.. Pergilah.. Jangan kau kembali lagi kepadaku setelah kebahagiaan yang aku cari telah pun kutemui. Hanya sebaris nama, hanya tiga huruf, akan membuatkan aku kembali kepada hidupku yang lama.
-"Kau jaga dia baik-baik okay". "Tolong jangan sakitkan hati dia okay". "Aku tak nak lepaskan dia tapi dia ada cakap yang dia sukakan kau, aku tak boleh buat apa-apa, aku doakan kau dengan dia bahagia". Apa kau buat dengan pesanan aku. Aku tau pada mata die kau mungkin kau jauh lebih baik daripada aku. "Kau alim tak mustahillah dia boleh sukakan kau". Itu tanggapan aku masa mula-mula aku lihat gambar kau. Tapi sayang gambar kau tak menggambarkan perwatakan kau.-
Sekarang mungkin aku bahagia dengan dia. Aku percayakan dia, aku terima dia seadanya. Walaupun pun kadang-kadang aku rasa aku tak layak untuk dia. Aku harap dia percayakan aku macam mana aku percayakan dia. Aku harap dia terima aku macam mana aku terima dia. Aku tak kan tinggalkan dia jika Allah dah tentukan kan Jodoh aku dan dia. Aku cuba untuk menyayangi dia macam mana dulu dia menyayangi lelaki sebelum aku.
Kasihku, andainya kau merasa aku tidak lagi seperti apa yang kau harapkan, andainya aku tidak lagi menjaga mu seperti dahulu, andainya kau tidak menyukai lagi diriku, andainya hati kau ku sakiti, andainya kau terguris dengan perbuatanku, tinggalkan aku, pergilah.. Pergilah mencari kebahagiaan yang engkau inginkan. Dan andainya Jodoh kita tak ditakdirkan bersama maafkan aku jika aku terpaksa meninggalkan mu. Aku sentiasa berdoa agar kau bahagia Walaupun tidak lagi bersama dengan ku.
"Ya Allah, jika dia adalah jodohku jadikanlah dia yang terbaik bagiku, jika dia bukan jodoh buatku, berikanlah kebahagiaan kepadanya dan berilah aku peluang untuk aku menggembirakan hatinya sehingga dia temui kegembiraan yang kekal selamanya"
"Ya Allah, Izinkan dia untuk menjadi Bidadari ku di SyurgaMu"
 |
| "Jikalau suatu saat nanti aku pergi, berjanjilah untuk tidak menyesal kerana kau yang telah membuatkan diriku untuk pergi daripada hidupmu". |
 |
| Akan aku cuba perbaiki hati yang telah kau guris pada waktu dahulu. |
No comments:
Post a Comment